Sunday 13 May 2012

SAHABATKU






Tiada kata seindah bicara,
Tiada bicara seindah puisi,
Bisaku jadikan bait-bait kata pujangga,
Didada blog ini
Ini hanya sekadar secebis panduan
Yang tidak sepertinya…

Ingatlah sahabatku,
Pohon ketaqwaan memerlukan baja keimanan,
Disirami curahan kesabaran dan pengorbanan,
Perlu mujahadah,
Perbanyakkan muhasabah,
Pagari dengan mahmudah,
Agar terhapus sifat mazmumah,
Penghalang Mutmainah,
Merajai taman Jannatullah,
Insya’Allah…

Sahabatku,
Pohon ketaqwaan akan berbunga ukhuwah,
Berbuahkan maghfiratullah,
Begitu juga persahabatan,
Yang menagih kesabaran…
Kesefahaman…
Dan kesetiaan…
Agar ukhwah dan perpaduan
Sesama insan
Akan terus berkekalan
Hingga ke akhirnya…
 

Langit tetap indah walaupun
Sebutir bintang tidak berkedip,
Hari tetap siang walaupun 
Seekor ayam tidak berkokok

ERTI PERSAHABATAN DALAM HIDUPKU





Seorang sahabat bagiku adalah berbeza dengan seorang kawan.Kawan kita boleh cari dimana-mana tapi seorang sahabat susah untuk kita cari. Sahabat selalu bersama dikala susah dan senang tapi seorang kawan hanya dating bila kita senang dan suka sahaja.
Dalam dunia ini, kita beruntung kita mempunyai bubapa, keluarga dan sahabat yang selalu mendampingi kita dikala susah dan senang. Tetapi dikala kita berjauhan dengan keluarga dan bersendirian ditempat yang jauh, Ketika itu kita mempunyai sahabat untuk berkongsi suka dan duka. Kita beruntung jika kita mendapat sahabat yang betul-betul ikhlas mahu berkawan seadanya diri kita.

Sahabat yang berimanibaratmentari yang menyinar.
Sahabat yang setiabagaipewangi yang mengharumkan.
Sahabatsejatimenjadipendorongimpian.
Sahabatberhatimuliamembawakitakejalan Allah
.

Pernah satu ketika seorang sahabat memberitahu Rasullulah S.A.W akan rasa sayangnya kepada sahabatnya yang lain. Rasullulah pun bertanya semula, adakah dia telah memberitahu  sahabatnya itu tentang rasa kasihnya, sahabat itu pun menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas Rasullulah pun berkata “pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya kerana Allah”.

Begitu  besarnya erti sahabat pada Rasullulah.Hebatnya kasih seorang sahabat jika kita ikhlas bersahabat bukan setakat di dunia malah bersahabatlah hingga akhirat.

Itulah makna sahabat sebenar.Sanggup bersahabat walaupun miskin, tak ada rupa dan macam-macam la. Kita bersahabat bukan kerana darjat tapi kita bersahabat kerana dirinya yang menerima kita seadanya, sanggup berkorban, menjaga maruah seorang sahabat, menolong ketika susah, membimbing ketika tersesat, menolong ketika jatuh dan selalu ada dibelakang untuk menyokong dan member semangat ketika lemah.

Makna sahabat bagiku amat besar, sedalam cinta dan kasihku padamu sahabatku yang mendamping dan menyanyangiku.Aku bersyukur kerana dapat sahabat yang betul-betul mendorongku kearah cinta Illahi.Hidupku sunyi tanpa sahabat.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana Engkau memberi sahabat yang begitu menghargai  kehadiranku ini.Terima kasihYa Allah dengan  apa yang telah kau berikan. Aku sangat bersyukur dengan apa yang terjadi adalah tersurat untuk aku.

Ingatlah kata-kataku ini,

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, danaku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kita aku masih bernafas atau pun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."

" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."

"Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti.Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabatku"
 



BICARA BUAT AYAH DAN IBU






Ayah dan ibu,
Pertama sekali aku ingin minta maaf dengan kalian berdua,
Seandainya selama ini,
Ada menyakit dan menguriskan perasaan kalian.

Duhai  ibu,
Jasamu tidak boleh ku bayar dengan duit,
Keranamu aku lahir kedunia,
Keranamu juga aku dibesarkan,
Betapa perit kau melahir seorang anak seperti aku,
Aku bersyukur kerana aku dilahirkan olehmu duhai ibuku.

Duhai ayah,
Kau menghantarku ke sekolah,
Untuk memberi ilmu agama yang cukup,
Untuk memanfaatkan ilmuku untuk kebaikan,
Ayah, didikanmu untukku jadikan seorang muslimah yang berguna,
Insya’Allah akan aku tunaikan.

Duhai ayah, ibu
Ingin sekali aku,
Berdiri tegak dipersada kalian,
Mengenal setitik budi,
Menghirup secangkir kasih dan sayang.
Duhai ayah, ibu
Ingin sekali aku,
Berdiri dianjung kasih kalian,
Memetik sebuah keikhlasan,
Menghamparkan selautan harapan.

Duhai ayah,ibu
Kasih dan sayang yang kau berikan,
Amatku hargai hingga akhir hayatku,
Insya’Allah aku harap hingga ke akhirat,
Kerana aku juga amat menyayangi kalian berdua.

Duhai ayah, ibu
Seandainya aku pergi dulu sebelum kalian,
Aku harap aku dapat berbakti untuk kalian,
Sebab kalian berdua insan yang amat aku sayangi,
Aku ingin lihat kalian gembira atas kejayaan yang bakalku miliki.

Duhai ayah, ibu
Terima kasih buat kalian yang tidak terhingga,
Kerana kalian aku dilahir ke bumi Allah ini,
Ya Allah, aku sangat bersyukur,
Kerana aku dilahirkan sebagai seorang Islam.


Duhai ayah, ibu
Ku mohon doa dari kalian,
Doakanku menjadi seorang muslimah yang berkualiti,
Dan juga seorang pejuang dalam Agama Allah.




Friday 11 May 2012

BERSABARLAH WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG


"Wahai jiwa yang tenang, kembalikan kepada Tuhan mu dalam keadaan redha dan diredhai, masuklah kedalam golongan hamba-hambaku dan masuklah kedalam syurgaku….."A:27 - 30 Al-Fajr(fajar). (Juz 30)

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan dan bermacam-macam ragam manusia yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dan ujian  dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

 
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

 Sesungguhnya rahmat dan Hidayah Allah akan turun kepada siapa sahaja yang Allah kehendaki termasuk orang bukan Islam. Kita sebagai ummat Islam itu patut berbangga dan Redha dengan Islam. Islam itu Indah bagi siapa mengenali dan mendalami Islam bukan hanya pada kad pengenalan sahaja.


Semoga kita semua redha dengan apa yang Allah bagi kepada kita. HIDUP, AJAL, JODOH DAN MAUT semua tercatat dalam luh mahfuz. Kita hanya mampu BERDOA untuk kita berubah kearah kebaikan.


Renung-renungkanlah Duhai Sahabatku..
Mati itu pasti..



" Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. ( Taubat Nasuha) mudah-mudahan Tuhan akan menghapuskan dosa-dosa kamu dan akan memasukkan kamu didalam syurga yang mengalir sungai dibawahnya…"AT-Tahrim ayat 8.
 

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Azawajala membuka lebar tangan untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan di waktu malam hingga kesiang hari, dan menerima taubat orang yang berbuat jahat waktu siang hingga malamnya, sehingga sampai terbit matahari di sebelah barat (yakni apabila pintu taubat telah tertutup).

Thursday 10 May 2012

aduhai exam!!!


semakin dekat exam,
semakin aku takut untuk menghadapinya..
ya Allah mampukah hambamu ini menghadapi exam kali ini..
ya Allah aku buntu...
Ya Allah tuntun la hambamu ini..

aku mampu berharap,
aku harap aku dapat bertahan untuk kali ini..
aku sungguh lemah ketika ini ya Allah..

entah kenapa kali ini aku sungguh berat terima ujianmu ya Allah..
aku bukan tidak menerima qada' dan qadar yang telah engkau tetapkan..
tapi dikala ini aku sungguh tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapi exam..

aku tahu Engkau takkan memberi ujian ini jika aku tak mampu untuk menghadapinya..
seperti dalam surah al-baqarah ayat 286..



"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini..
sesunnguhnya aku mengharap keampunan dariMU ya Allah..
aku bukan tak bersedia untuk menghadapinya untuk kali ini..
entah kenapa hatiku berat sangat..

seandainya aku dapat menghadapi semua ini..
aku pasti semua ini berkat usaha aku sendiri disamping tak putus berdoa padaMU ya Allah..
aku harap aku dapat menghadapi exam untuk kali ini...
dengan usaha.. 
doa.. 
tawakkal..
dan akhir sekali...
aku pasti akan redha dengan apa keputusan yang kau berikan..
itu yang aku harapkan ya Allah..
amin... amin.. amin ya rabbal alamin..

HATI YANG PILU


wahai sang langit...
adakah engkau dapat merasakan kepiluan hatiku ini??
sehinggakan mencurah2 air mata mu mengiringi tangisanku dikala ini....

wahai sang rembulan..
kemanakah dikau menghilang??
ataukah dikau menyembunyikan wajah mu ditirai malam?
pilukah engkau wahai rembulan melihat tangisanku ini?

hatiku sungguh pilu di saat ni...
sakitnya tidak boleh dibayangkan oleh mata kasar..
hanya tuhan saja tahu kepiluan hati ini..
oh tuhan...
tolonglah hambamu ini..

hati...
menangislah dikau bertemankan langit dan bulan...
agar kepiluan itu menghilang...
agar esok tiada tangisan dihadapan teman2...
wahai hati...kuatlah dikau dihadapan teman2..
agar tiada yg tahu kedalaman lukamu..
wahai air mata..keluarlah dikau..
mengalirlah semahu mu..basahkanlah pipi yg telah lama kering..

duhai hati bermuhasabahlah..
sesungguhnya Allah maha mendengar rintihan hambamu ini..

Ya Allah..kuatkanlah semangatku untuk hari esok..
agar tiada siapa berasa gerun utk meluah isi hatinya pd ku..
aku ingin tetap menjadi pendengar setia kepada teman2 ku...

Ya Allah..lindungilah setiap kesedihanku disebalik senyuman dan gelak tawaku..
Ya Allah..pudarkanlah sinar kerinduan di mata ku ini..agar tiada siapa yg tahu..

Ya Allah..aku pohon pd Mu..cucurilah rahmat keatas rohnya Ya Allah..pertemukan kami dalam masa yang terdekat Ya Allah..aku merinduinya..aku xsempat menatapnya buat kali terakhir sebelum dia menutup mata..Ya Allah..tempatkanlah dia di tempat hamba Mu yg soleh..sesungguhnya dia xpernah berbuat dosa pd Mu Ya Allah..lahirnya adalah satu rahmat buat ku..buat keluarga ku...sbg tanda kami tidak Engkau lupakan..Ya Allah..tabahkan hati insan2 yg menyanyangi dan merinduinya sebagaimana aku..amin... 

semoga anak saudaraku tenang disana..
amin ya rabbal alamin..

AGAR TIDAK SOMBONG DAN ANGKUH


Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh

Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita,
karena kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita karena dia sudah lama beribadat

Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita
 karena banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita
karena mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia
karena mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahwa mungkin pada suatu hari nanti
mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan
diampuni oleh Allah.

Monday 23 April 2012

kenapa kita sering lupa & alpa???



Kita sering lalai dan alpa dengan kenikmatan dunia..
Kita sering lalai dan alpa dengan kehendak nafsu durjana..

sehinggakan
kita sering melanggari perintah yang maha esa
kita sering menuruti kehendak syaitan laknat
kita sering mengambil mudah urusan agama
sering tertipu dengan nafsu dunia


JANGAN
melewatkan solat kerna ia dibenci Allah


" Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Zuhur pada tengah hari yang sangat panas, mendirikan sembahyang Asar ketika matahari kelihatan bersinar terang, mendirikan sembahyang Maghrib ketika matahari terbenam...... " HR Muslim

JANGAN
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa


" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka... " Annur 30

JANGAN Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa..
 
"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)" Nuh 4

renung-renungkan la wahai sahabat-sahabatku..

APA KELASNYA BERCINTA???

 




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ni. Hari ini ana ingin mencoretkan kisah tentang “cinta”.
            Kali ini ana ingin membawa kisah yang familiar dalam kehidupan remaja zaman sekarang. Remaja kini memang tidak boleh dipisahkan dengan masalah cinta. Sebelum itu, ana ingin bertanya dengan antum semua. Apa sebenar istimemawanya  bercinta ni ? Dapat duit ke ? Dapat ilmu ke ? ataupun dapat rumah  or kereta ?  Bagi pelajar macam kita,  memang mustahil akan dapat. Kecuali la antum semua tu orang berada ataupun kerabat diraja.
            Jadi ape kelasnya bercinta sebelum kahwin ? Ada sesetengah orang kata bercinta tu dapat ringankan masalah. Betul ke? Tapi apabila je timbul krisis ataupun masalah, mulalah nak bunuh diri. Ada sesetengah orang cakap pulak, bercinta tu boleh mendamaikan, tetapi apabila datang musibah, mulalah mengadu sakit kepala la, tension la. Ada juga manusia yang nak uji kecantikan, tapi bila dah ramai sangat, mula la buat-buat busy. Apa nk jadi dengan manusia sekarang ni, macam-macam ragam yang ada. Alangkah bahagia jika kita semua hidup di zaman rasulullah. Tiada la timbul cerita-cerita cinta haram.
            Jadi ape istimewa sangat dengan cinta ni ? Bagi kehidupan seorang pelajar hanya menghabiskan wang hasil titik peluh ibu bapa je. Kalau tak pun, habiskan duit pijaman atau biasiswa yang kerajaan bagi manfaat untuk belajar. Habiskan duit untuk beli topup la, belanja pasangan makan dan macam-macam lagi la yang ana tak dapat nyatakan sebab terlalu banyak.
            Cuba fikir balik, berbaloi ke pengorbanan antum demi cinta yang belum pasti ada pengakhiran dengan sebuah perkahwinan?
PENYELESAIAN KEPADA CINTA…
Pada siapa yang kita semua patut beri cinta sebenar?
Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang yang mabuk cinta dan tidak kurang ramai yang akan dihumbankan ke dalam neraka gara-gara cinta. Cinta yang bagaimana boleh bawa seseorang ke syurga, dan yang bagaimana pula yang dapat memasukkan kita ke dalam neraka?
Datangnya cinta dari dua sumber yakni hawa nafsu dan dari Allah. Cinta yang diilhamkan nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Cinta nafsu itu tidak berkekalan dan hanya akan menyusahkan manusia di dunia ini.
Sebaliknya cinta dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
Ianya boleh berlaku pada sesiapa - antara sahabat, keluarga, saudara mara dan sebagainya. Kalau ianya berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tidak akan perlu berjumpa, bercakap atau memerlukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang belaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.
Kalau berlaku antara suami isteri, maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami kerana cintanya pada suami datangya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Sumber cinta dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, akan cinta Allah dimenangkan.


Cinta Allah adalah taraf cinta yang tinggi. Cinta pada Allah akan lahir bagi orang yang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. semuanya datang dari Allah - kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa Menarik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu. Segala nikmat itu datangya dari Allah. Diberikan pada kita samada pada masa kita ingat ataupun pada masa kita lalai. Begitulah,kebaikan Allah pada kita - "Kalau kau hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak terhitung."
                Oleh itu orang yang benar-benar kenal dan beradab akan malu kepada Allah, dan cintanya hanya tertumpu pada Allah. Bila cinta pada Allah sudah penuh dalam hatinya, akan tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. Jika hati atau cinta itu diberikan pada manusia akan dirobek-robekkannya . Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya.
Oleh itu, seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah SAW dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakkan cinta yang betul dan menguntungkan di dunawi dan di akhirat.
Itu sahaja yang ana boleh huraikan pasal cinta. Maafkan ana jika coretan ini membuatkan antum semua terasa hati. Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk itu datang dari diri ana yang lemah ni.  Berpeganglah pada ayat-ayat Allah, sesungguhnya janji Allah adalah benar. Allah befirman dalam surah an-nur, ayat ke-26. Sama-sama kita renungkan ayat  Allah.

Maksudnya:(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Sekian sahaja coretan pada kali ini.
Sekian, wassalam..
INGAT KITE HIDUP KEJAP JE  KAT DUNIA NI. BUAT LAH  AMAL  SELAGI  MASA  MASIH ADA. JANGAN  TUNGGU  TUA  , BARU NAK BERAMAL DAN BERTAUBAT .


maaf, boleh tegur sikit???

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
 
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.
Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ” 


Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog, web foto dan laman sosial itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu. Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...
Bersabarlah….kite kejap je kt ats dunia nie…..=)

 renung-renungkan dan selamat beramal.

Wednesday 7 March 2012

bicara hati




Kita suka bila kita dipercayai-
tetapi kenapa kita tidak suka
mempercayai orang lain?

kita suka disanjungi -
tetapi kenapa kita tidak suka
menyanjungi orang lain?

kita tidak suka di caci -
tetapi kenapa kita suka
mencaci orang lain?

kita tidak suka dikhianati -
tetapi kenapa kita suka
mengkhianati orang lain?

kita tidak suka dizalimi -
tetapi kenapa kita suka
menzalimi orang lain?

kita tidak suka dibenci -
tetapi kenapa kita suka
membenci orang lain?

kita tidak suka disakiti -
tetapi kenapa kita suka
menyakiti orang lain?

kita tidak suka dipersalah -
tetapi kita suka
menyalahkan orang lain?

kita tidak suka dikritik -
tetapi kenapa kita suka
mengkritik orang lain?

kita tidak suka hak kita dirampas -
tetapi kenapa kita suka
merampas hak orang lain?

kalau kita ingin
dihormati -
kita juga mesti belajar
menghormati orang lain

kalau kita ingin dihargai -
kita juga mesti belajar
menghargai orang lain

kalau kita ingin difahami -
kita juga mesti belajar untuk
memahami orang lain

kalau kita ingin dikasihi -
kita juga mesti belajar untuk
mengasihi orang lain

kalau kita ingin disayangi -
kita juga mesti belajar untuk
menyayangi orang lain

kita suka bila kita
dipercayai...
kita suka bila kita
dihargai..
kita suka bila kita
dihormati..
kita suka bila kita
dikasihi..
kita suka bila kita
difahami...
kita suka bila k
ta disayangi..

kita juga suka bila kita
dipuji..
Tetapi..
kenapa kita sering lupa untuk
memuji Pencipta dan Pentadbir alam semulajadi??
Kita juga sangat suka bila kita
dicintai..
Tetapi kenapa kita sering lupa untuk
mencintai dan mencari cinta Rabbul Izzati??
Kenapa kita jadi begini?

Ketuklah hati,
Koreksi diri..


semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita semua..
semoga kita hidup dalam redha Allah..
amin...