Sunday 13 May 2012

ERTI PERSAHABATAN DALAM HIDUPKU





Seorang sahabat bagiku adalah berbeza dengan seorang kawan.Kawan kita boleh cari dimana-mana tapi seorang sahabat susah untuk kita cari. Sahabat selalu bersama dikala susah dan senang tapi seorang kawan hanya dating bila kita senang dan suka sahaja.
Dalam dunia ini, kita beruntung kita mempunyai bubapa, keluarga dan sahabat yang selalu mendampingi kita dikala susah dan senang. Tetapi dikala kita berjauhan dengan keluarga dan bersendirian ditempat yang jauh, Ketika itu kita mempunyai sahabat untuk berkongsi suka dan duka. Kita beruntung jika kita mendapat sahabat yang betul-betul ikhlas mahu berkawan seadanya diri kita.

Sahabat yang berimanibaratmentari yang menyinar.
Sahabat yang setiabagaipewangi yang mengharumkan.
Sahabatsejatimenjadipendorongimpian.
Sahabatberhatimuliamembawakitakejalan Allah
.

Pernah satu ketika seorang sahabat memberitahu Rasullulah S.A.W akan rasa sayangnya kepada sahabatnya yang lain. Rasullulah pun bertanya semula, adakah dia telah memberitahu  sahabatnya itu tentang rasa kasihnya, sahabat itu pun menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas Rasullulah pun berkata “pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya kerana Allah”.

Begitu  besarnya erti sahabat pada Rasullulah.Hebatnya kasih seorang sahabat jika kita ikhlas bersahabat bukan setakat di dunia malah bersahabatlah hingga akhirat.

Itulah makna sahabat sebenar.Sanggup bersahabat walaupun miskin, tak ada rupa dan macam-macam la. Kita bersahabat bukan kerana darjat tapi kita bersahabat kerana dirinya yang menerima kita seadanya, sanggup berkorban, menjaga maruah seorang sahabat, menolong ketika susah, membimbing ketika tersesat, menolong ketika jatuh dan selalu ada dibelakang untuk menyokong dan member semangat ketika lemah.

Makna sahabat bagiku amat besar, sedalam cinta dan kasihku padamu sahabatku yang mendamping dan menyanyangiku.Aku bersyukur kerana dapat sahabat yang betul-betul mendorongku kearah cinta Illahi.Hidupku sunyi tanpa sahabat.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana Engkau memberi sahabat yang begitu menghargai  kehadiranku ini.Terima kasihYa Allah dengan  apa yang telah kau berikan. Aku sangat bersyukur dengan apa yang terjadi adalah tersurat untuk aku.

Ingatlah kata-kataku ini,

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, danaku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kita aku masih bernafas atau pun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."

" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."

"Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti.Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabatku"
 



No comments:

Post a Comment