Monday 23 April 2012

APA KELASNYA BERCINTA???

 




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ni. Hari ini ana ingin mencoretkan kisah tentang “cinta”.
            Kali ini ana ingin membawa kisah yang familiar dalam kehidupan remaja zaman sekarang. Remaja kini memang tidak boleh dipisahkan dengan masalah cinta. Sebelum itu, ana ingin bertanya dengan antum semua. Apa sebenar istimemawanya  bercinta ni ? Dapat duit ke ? Dapat ilmu ke ? ataupun dapat rumah  or kereta ?  Bagi pelajar macam kita,  memang mustahil akan dapat. Kecuali la antum semua tu orang berada ataupun kerabat diraja.
            Jadi ape kelasnya bercinta sebelum kahwin ? Ada sesetengah orang kata bercinta tu dapat ringankan masalah. Betul ke? Tapi apabila je timbul krisis ataupun masalah, mulalah nak bunuh diri. Ada sesetengah orang cakap pulak, bercinta tu boleh mendamaikan, tetapi apabila datang musibah, mulalah mengadu sakit kepala la, tension la. Ada juga manusia yang nak uji kecantikan, tapi bila dah ramai sangat, mula la buat-buat busy. Apa nk jadi dengan manusia sekarang ni, macam-macam ragam yang ada. Alangkah bahagia jika kita semua hidup di zaman rasulullah. Tiada la timbul cerita-cerita cinta haram.
            Jadi ape istimewa sangat dengan cinta ni ? Bagi kehidupan seorang pelajar hanya menghabiskan wang hasil titik peluh ibu bapa je. Kalau tak pun, habiskan duit pijaman atau biasiswa yang kerajaan bagi manfaat untuk belajar. Habiskan duit untuk beli topup la, belanja pasangan makan dan macam-macam lagi la yang ana tak dapat nyatakan sebab terlalu banyak.
            Cuba fikir balik, berbaloi ke pengorbanan antum demi cinta yang belum pasti ada pengakhiran dengan sebuah perkahwinan?
PENYELESAIAN KEPADA CINTA…
Pada siapa yang kita semua patut beri cinta sebenar?
Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang yang mabuk cinta dan tidak kurang ramai yang akan dihumbankan ke dalam neraka gara-gara cinta. Cinta yang bagaimana boleh bawa seseorang ke syurga, dan yang bagaimana pula yang dapat memasukkan kita ke dalam neraka?
Datangnya cinta dari dua sumber yakni hawa nafsu dan dari Allah. Cinta yang diilhamkan nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Cinta nafsu itu tidak berkekalan dan hanya akan menyusahkan manusia di dunia ini.
Sebaliknya cinta dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
Ianya boleh berlaku pada sesiapa - antara sahabat, keluarga, saudara mara dan sebagainya. Kalau ianya berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tidak akan perlu berjumpa, bercakap atau memerlukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang belaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.
Kalau berlaku antara suami isteri, maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami kerana cintanya pada suami datangya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Sumber cinta dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, akan cinta Allah dimenangkan.


Cinta Allah adalah taraf cinta yang tinggi. Cinta pada Allah akan lahir bagi orang yang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. semuanya datang dari Allah - kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa Menarik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu. Segala nikmat itu datangya dari Allah. Diberikan pada kita samada pada masa kita ingat ataupun pada masa kita lalai. Begitulah,kebaikan Allah pada kita - "Kalau kau hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak terhitung."
                Oleh itu orang yang benar-benar kenal dan beradab akan malu kepada Allah, dan cintanya hanya tertumpu pada Allah. Bila cinta pada Allah sudah penuh dalam hatinya, akan tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. Jika hati atau cinta itu diberikan pada manusia akan dirobek-robekkannya . Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya.
Oleh itu, seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah SAW dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakkan cinta yang betul dan menguntungkan di dunawi dan di akhirat.
Itu sahaja yang ana boleh huraikan pasal cinta. Maafkan ana jika coretan ini membuatkan antum semua terasa hati. Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk itu datang dari diri ana yang lemah ni.  Berpeganglah pada ayat-ayat Allah, sesungguhnya janji Allah adalah benar. Allah befirman dalam surah an-nur, ayat ke-26. Sama-sama kita renungkan ayat  Allah.

Maksudnya:(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Sekian sahaja coretan pada kali ini.
Sekian, wassalam..
INGAT KITE HIDUP KEJAP JE  KAT DUNIA NI. BUAT LAH  AMAL  SELAGI  MASA  MASIH ADA. JANGAN  TUNGGU  TUA  , BARU NAK BERAMAL DAN BERTAUBAT .


No comments:

Post a Comment