Seorang sahabat bagiku adalah berbeza dengan seorang kawan.Kawan kita
boleh cari dimana-mana tapi seorang sahabat susah untuk kita cari. Sahabat selalu
bersama dikala susah dan senang tapi seorang kawan hanya dating bila kita senang
dan suka sahaja.
Dalam dunia ini, kita beruntung kita mempunyai bubapa, keluarga dan
sahabat yang selalu mendampingi kita dikala susah dan senang. Tetapi dikala kita
berjauhan dengan keluarga dan bersendirian ditempat yang jauh, Ketika itu kita mempunyai
sahabat untuk berkongsi suka dan duka. Kita beruntung jika kita mendapat sahabat
yang betul-betul ikhlas mahu berkawan seadanya diri kita.
Sahabat yang berimanibaratmentari yang menyinar.
Sahabat yang setiabagaipewangi yang mengharumkan.
Sahabatsejatimenjadipendorongimpian.
Sahabatberhatimuliamembawakitakejalan Allah.
Sahabat yang setiabagaipewangi yang mengharumkan.
Sahabatsejatimenjadipendorongimpian.
Sahabatberhatimuliamembawakitakejalan Allah.
Pernah satu ketika seorang sahabat
memberitahu Rasullulah S.A.W akan rasa sayangnya kepada sahabatnya yang lain.
Rasullulah pun bertanya semula, adakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya, sahabat
itu pun menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas Rasullulah pun
berkata “pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya kerana
Allah”.
Begitu besarnya erti sahabat pada Rasullulah.Hebatnya
kasih seorang sahabat jika kita ikhlas bersahabat bukan setakat di dunia malah bersahabatlah
hingga akhirat.
Itulah makna sahabat sebenar.Sanggup
bersahabat walaupun miskin, tak ada rupa dan macam-macam la. Kita bersahabat bukan
kerana darjat tapi kita bersahabat kerana dirinya yang menerima kita seadanya,
sanggup berkorban, menjaga maruah seorang sahabat, menolong ketika susah,
membimbing ketika tersesat, menolong ketika jatuh dan selalu ada dibelakang untuk
menyokong dan member semangat ketika lemah.
Makna sahabat bagiku amat besar,
sedalam cinta dan kasihku padamu sahabatku yang mendamping dan menyanyangiku.Aku
bersyukur kerana dapat sahabat yang betul-betul mendorongku kearah cinta Illahi.Hidupku
sunyi tanpa sahabat.
Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana Engkau memberi
sahabat yang begitu menghargai kehadiranku
ini.Terima kasihYa Allah dengan apa yang
telah kau berikan. Aku sangat bersyukur dengan apa yang terjadi adalah tersurat
untuk aku.
Ingatlah
kata-kataku ini,
" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, danaku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kita aku masih bernafas atau pun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."
" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."
"Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti.Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabatku"
No comments:
Post a Comment