Monday, 23 April 2012

kenapa kita sering lupa & alpa???



Kita sering lalai dan alpa dengan kenikmatan dunia..
Kita sering lalai dan alpa dengan kehendak nafsu durjana..

sehinggakan
kita sering melanggari perintah yang maha esa
kita sering menuruti kehendak syaitan laknat
kita sering mengambil mudah urusan agama
sering tertipu dengan nafsu dunia


JANGAN
melewatkan solat kerna ia dibenci Allah


" Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Zuhur pada tengah hari yang sangat panas, mendirikan sembahyang Asar ketika matahari kelihatan bersinar terang, mendirikan sembahyang Maghrib ketika matahari terbenam...... " HR Muslim

JANGAN
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa


" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka... " Annur 30

JANGAN Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa..
 
"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)" Nuh 4

renung-renungkan la wahai sahabat-sahabatku..

APA KELASNYA BERCINTA???

 




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ni. Hari ini ana ingin mencoretkan kisah tentang “cinta”.
            Kali ini ana ingin membawa kisah yang familiar dalam kehidupan remaja zaman sekarang. Remaja kini memang tidak boleh dipisahkan dengan masalah cinta. Sebelum itu, ana ingin bertanya dengan antum semua. Apa sebenar istimemawanya  bercinta ni ? Dapat duit ke ? Dapat ilmu ke ? ataupun dapat rumah  or kereta ?  Bagi pelajar macam kita,  memang mustahil akan dapat. Kecuali la antum semua tu orang berada ataupun kerabat diraja.
            Jadi ape kelasnya bercinta sebelum kahwin ? Ada sesetengah orang kata bercinta tu dapat ringankan masalah. Betul ke? Tapi apabila je timbul krisis ataupun masalah, mulalah nak bunuh diri. Ada sesetengah orang cakap pulak, bercinta tu boleh mendamaikan, tetapi apabila datang musibah, mulalah mengadu sakit kepala la, tension la. Ada juga manusia yang nak uji kecantikan, tapi bila dah ramai sangat, mula la buat-buat busy. Apa nk jadi dengan manusia sekarang ni, macam-macam ragam yang ada. Alangkah bahagia jika kita semua hidup di zaman rasulullah. Tiada la timbul cerita-cerita cinta haram.
            Jadi ape istimewa sangat dengan cinta ni ? Bagi kehidupan seorang pelajar hanya menghabiskan wang hasil titik peluh ibu bapa je. Kalau tak pun, habiskan duit pijaman atau biasiswa yang kerajaan bagi manfaat untuk belajar. Habiskan duit untuk beli topup la, belanja pasangan makan dan macam-macam lagi la yang ana tak dapat nyatakan sebab terlalu banyak.
            Cuba fikir balik, berbaloi ke pengorbanan antum demi cinta yang belum pasti ada pengakhiran dengan sebuah perkahwinan?
PENYELESAIAN KEPADA CINTA…
Pada siapa yang kita semua patut beri cinta sebenar?
Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang yang mabuk cinta dan tidak kurang ramai yang akan dihumbankan ke dalam neraka gara-gara cinta. Cinta yang bagaimana boleh bawa seseorang ke syurga, dan yang bagaimana pula yang dapat memasukkan kita ke dalam neraka?
Datangnya cinta dari dua sumber yakni hawa nafsu dan dari Allah. Cinta yang diilhamkan nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Cinta nafsu itu tidak berkekalan dan hanya akan menyusahkan manusia di dunia ini.
Sebaliknya cinta dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
Ianya boleh berlaku pada sesiapa - antara sahabat, keluarga, saudara mara dan sebagainya. Kalau ianya berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tidak akan perlu berjumpa, bercakap atau memerlukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang belaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.
Kalau berlaku antara suami isteri, maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami kerana cintanya pada suami datangya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Sumber cinta dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, akan cinta Allah dimenangkan.


Cinta Allah adalah taraf cinta yang tinggi. Cinta pada Allah akan lahir bagi orang yang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. semuanya datang dari Allah - kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa Menarik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu. Segala nikmat itu datangya dari Allah. Diberikan pada kita samada pada masa kita ingat ataupun pada masa kita lalai. Begitulah,kebaikan Allah pada kita - "Kalau kau hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak terhitung."
                Oleh itu orang yang benar-benar kenal dan beradab akan malu kepada Allah, dan cintanya hanya tertumpu pada Allah. Bila cinta pada Allah sudah penuh dalam hatinya, akan tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. Jika hati atau cinta itu diberikan pada manusia akan dirobek-robekkannya . Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya.
Oleh itu, seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah SAW dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakkan cinta yang betul dan menguntungkan di dunawi dan di akhirat.
Itu sahaja yang ana boleh huraikan pasal cinta. Maafkan ana jika coretan ini membuatkan antum semua terasa hati. Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk itu datang dari diri ana yang lemah ni.  Berpeganglah pada ayat-ayat Allah, sesungguhnya janji Allah adalah benar. Allah befirman dalam surah an-nur, ayat ke-26. Sama-sama kita renungkan ayat  Allah.

Maksudnya:(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Sekian sahaja coretan pada kali ini.
Sekian, wassalam..
INGAT KITE HIDUP KEJAP JE  KAT DUNIA NI. BUAT LAH  AMAL  SELAGI  MASA  MASIH ADA. JANGAN  TUNGGU  TUA  , BARU NAK BERAMAL DAN BERTAUBAT .


maaf, boleh tegur sikit???

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
 
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.
Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ” 


Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog, web foto dan laman sosial itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu. Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...
Bersabarlah….kite kejap je kt ats dunia nie…..=)

 renung-renungkan dan selamat beramal.